Kepada Allah Subhanahu Wata'ala kami panjatkan syukur atas limpah rahmat-Nya kerana telah mengurniakan lagi kepada kami seorang anak lelaki yang telah selamat dilahirkan pada 26 Disember 2012. Semoga dengan rezki yang telah diberikan ini akan menambahkan lagi sinar kebahagian dalam kehidupan dan seterusnya sentiasa mensyukuri atas nikmat yang telah dianugerahkan.
Nama diberikan "Muhammad Nur Afnan Syafi", semoga menjadi anak yang soleh, pintar, berjaya dalam kehidupan dan berbakti kepada ibubapa seterusnya memperkembangkan syiar ugama Islam. Amin......

No comments:
Post a Comment